masa cutiku~

salam...

alhamdulillah...syukur kepada Allah atas segala nikmatNya..
dan..salawat atas junjungan besar rasullullah s.a.w..

malam ni masih lagi berpeluang menjengah ke teratak yang sederhana ni..

hmm...cuti saya dah dekat 3 bulan dah..kalau kerja dah merasa dua bulan gaji dah kot..huhu..

tu la..nyesal sungguh tak habeskan lesen..kalau tidak senang ja nak dapat keja...

kebetulan dah saya dok umah ja..so..saya pon melakukanla beberapa keja yang difikirkan berpekdah..salah satunya membuat tikar mengkuang....berfaedah la kan..tapi dari mengkuang fresh sampai membuat bilah yang siap sedia dianyam tu mak tersayang la buat..hamba reti menganyam ja....setakat ni baru 2 helai tikar ja yang siap..

lepas tu saya ada jugak buat bakul guna mengkuang yang lebih..kat bawah ni saya ada sertakan gambo..
sebenarnya..bahagian atas bakul tu patut rata tapi sebab masih lagi amatur..kali pertama pulak..macam tu la jadinya..takpela..style..huhu..tapi..not bad la sangat...1st time anyam bakul..susah tau..try it out urself..then u know..huhu..

ada lagi hobi masa cuti ni..wat sarung henpon..sja ja..



malas nak beli..jimat..jimat buat sniri lagi untung...dah takdok kije..yang penting dok umah pun ada gak benda berfaedah yang dibuat..

k la..that's all for now..

wassalam..

~Jangan biarkan malu itu hilang~



salam...

apa khabar hari ni??semoga sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa berada di bawah lindunganNya..

alhamdulillah..hari ni..masih diberi nikmat..

seperti tajuk..jangan biarkan malu itu hilang..

sebelum itu..untuk sahabat-sahabat dan adik tersayang yang ke medan malam ni..semoga perjalanan pergi dan balik selamat..insyaAllah...dan selamat bergembira di sana..:)

ok..dah..untuk entri kali ni..

malu adalah satu kemuliaan...sifat malu adalah penting dan punya kedudukan tinggi dalam agama..dan tidak boleh dipandang enteng..

malu adalah sebahagian dari cabang iman..dan menjadi cerminan tahap keimanan..

Nabi Muhammad bersabda:
"iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman"

(shahih Bukhari)

kita semua punyai sifat malu kerana ia adalah fitrah bagi semua manusia..cuma..mungkin malunya berbeza..dan malu juga perlulah bertempat..jangan sampai tempat yang perlu malu tidak malu dan sebaliknya..

malu jugak ada pelbagai jenisnya..
Yang paling tinggi martabatnya ialah malu kepada Allah..
..malu untuk membuat maksiat kerana takut dicela Allah....malu untuk tidak bersyukur atas kurniaan Allah..malu untuk mendedahkan aurat..malu kerana tidak mengerjakan suruhan Allah..inila malu yang mempunyai martabat yang tinggi dalam agama.

jika seseorang tidak mempunyai rasa malu sebegini..banyak perkara mungkar akan terjadi..

sebagai contoh.. membunuh ,ghibah,dengki, hasad,fitnah,bergaduh melampau-lampau..,mencela sesama sendiri, membuka aurat, berpelukan lelaki wanita bukan mahram..dan banyak lagi..

adalah satu kemuliaan bagi seseorang yang dapat memelihara rasa malunya..jika punyai rasa malu pada Allah, tindak-tanduk ,percakapan dan segalnya akan terjaga mengikut landasan yang ditetapkan Allah...

malu kepada Allah akan mengikat diri kita dari melampaui batas agama..




Selain itu..malu kepada manusia merupakan satu lagi jenis malu..malu anak dengan ibu bapanya dan sebaliknya..malu sahabat kepada sahabat yang lain,malu antara lelaki dan wanita,malu terhadap diri sendiri..

malu terhadap diri ini penting supaya kita sedar apa yang kita buat..apa kekurangan kita dan apa akhlak yang kita tonjolkan..
jika dengan diri sendiri sudah malu tentula dengan orang lain akan lahir rasa malu..

ada juga kategori malu:
malu yang bersifat fitrah~
sifat malu ini dipunyai oleh semua manusia..
antaranya ialah malu apabila diusik..malu apabila tersalah cakap..

malu yang bersumberkan iman~
malu untuk berbuat maksiat seperti yang telah dijelas di atas..malu kepada Allah untuk berbuat maksiat dan larangan-larangan Allah tatkala bersendirian atau di khalayak kerana malu atas muraqabatullah(pantauan Allah swt)

sifat malu perlu dididik..jiwa perlu diisi dengan sifat malu..malu sangat perlu tapi jangan sampai jadi pemalu yang tidak kena pada tempatnya..kalau tidak kena pada tempatnya ..ia akan menjadi penyakit jiwa....janganla malu untuk berbuat kebaikkan,janganlah malu untuk menuntut ilmu dan perkara-perkara lain yang tidak seharusnya untuk malu...

jagalah malu itu..malu yang terbaik ialah malu kepada Allah dan jangan sesekali biarkan malu itu hilang..

p/s:
malu dengan diri ini..
semoga ini menjadi peringatan dan pengajaran untuk diri dan orang lain..
semoga Allah sentiasa menjaga kita..

wassalam...

Rindu tapi sedey~~



salam...

alhamdulillah...masih berpeluang meletakkan pandangan di skrin dan masih diberi nikmat menggunakan jari jemari..dan masih dibekalkan dengan akal fikiran yang waras..subhanallah..

entri kali ni tak adalah hal besar pun..cuma sekadar ingin berkongsi rasa...
hari ni mud si penulis kucar kacir sket..my mood.. is like being on a swing..hoho..mood swing..tapi tu tadi..sekarang dah ceria!!ting!ting!



seperti tajuk entri kali ni..sedih..tapi rindu..hmmn...ha..sedey pulak..
sedih la rasanya...cuti dah nak habes..dah nak kena balik uia..tapi rindu jugak nak balik..rindu pulak suasana belajar..nanti ada blaja benda baru..rindu pulak kat sahabat-sahabat uia..
rindu pulak nak makan sama..nak syer crita2 best..nak gadoh..hhaa..rindu nak jalan dari mahallah ke kelas..rindu nak main badminton kat indoor court..rindu nak makan masakan kafe ummi..rindu nak on9 pkai 3G..rindu baju-baju yang tinggal dalam stor..oho..banyak jugak rupanya yang dirindui..hehe..ala..tapi tetap sedihla nak balik..hmm..tak apalah..pergi berjihad tu..hehe..

tapi..sangatla tak alert diri ini..course blom register..macam mana la nak register mahallah nanti??kena atur ayat elok-elok la nak slow talk dengan puan principle mahallah tu..

tu la..dulu tanak amek port bila nak kena register..eloklah tu..satu batch tak register lagi...kalau slow pon tak jalan gak..nampak gayanya..bermalam kat kafe la ramai-ramai..huhu~~doakan saya dan rakan-rakan berjaya dapat bilik and register course later!!..

ha..lagi satu hal ni..pikir pon dah penat...barang-barang yang macam pindah umah dalam stor..penatnya nak angkat balik..dulu kemas cam nak pengsan!tapi okla lagi..excited nnk balik umah..kali ni tak excited..dahla nanti homesick..kemas barang lagi..:(

takpelah..tu kan taggungjawab..hehe...yang penting..semoga semuanya nanti selamat dann segala urusan dipermudahkan Allah...insyaAllah..:)


wassalam..

Cinta kerana nafsu atau cinta kerana Allah??



salam....

selak-selak "buku malam pertama di syurga" oleh Adil Akhyar...

persoalan cinta..ramai yang membuka mata..cinta..adalah fitrah..jangan sampai ia menjadi fitnah...

okla..ingin berkongsi salah satu sub topic yang diselitkan dalam buku ini...cinta..ada dua jenis cinta..

satu cinta kerana Allah dan satu lagi cinta kerana nafsu..

cinta ialah rasa dalam hati..perasaan yang lahir dari hati yang tidak boleh disukat-sukat..tak boleh dibeli di pasar malam..tapi boleh disemai supaya mekar..aiseh..berbunga la pulak ayat...huhu..

cinta kerana nafsu

hati yang merasai cinta sehingga membuat jadi terhibur atau siksa kerananya.
cinta yang berpaksikan nafsu akan berlaku bila hati kotor,lalai,sering berbuat dosa dan tidak pula ada rasa untuk bertaubat..

sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati jika tidak dikikis akan bersarang dalam hati dan menjadi raja sehingga banyak yang dilakukan mengikut arahan nafsu...

sesetengah lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang tubuhnya tidak lagi terlindung dari pandangan nafsu. sama jugak wanita jatuh hati pada lelaki kaya,berharta,berjawatan dll..dengan harapan menumpang hidup senang..jelasnya..cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata...

bila cinta lahir dari nnafsu maka mulalah langkah-langkah untuk menzahirkan rasa cinta..
dari surat menyurat..mungkin dulu..sekarang dari sms..keluar makan-makan..keluar makan-makan..berdua-duaan di taman..saling rindu merindu..etika itu hanya orang yang diridui sahaja dalam ingatan..nasihat dah tak lut..bukan macam mencurah air di daun keladi dah tapi macam menghentam bola skuasy ke dinding akhirnya melantun balik...
bak kata satu pepatah arab..cinta itu buta dan pekak...
hmm...sudah tidak malu pada orang sekeliling yang melihat apatah lagi pada Allah SWT..

justeru sanggup melakukan apa saja sebagai bukti cinta..sampai yang perempuan serah diri untuk membuktikan cinta..yang lelaki bergolok gadai berikan kemewahan pada si wanita..akhirnya bila si perempuan berbadan dua sudah hilang rasa cita kerana impian nafsu telah tercapai..habis madu sepah dibuang..

itulah falsafah cinta nafsu yanng melulu..selagi nafsu ada kepentingan selagi itu cinta masih ada..inilah yang melanda..hinggakan ada yng sanggup membunuh diri angkara cinta..walhal indahnya sekejap sakitnya lama,,dan yang paling sakit di neraka kelak..

cinta nafsu jika disambung ke alam rumahtangga juga tetap akan menyeksa..kerana cinta suami pada isteri hanya ketika cantik..muda..bila tua..dah tak cantek..cari yang lain..ditiggalkan..bagi yang perempuan jika suami kaya..berkuasa masih cinta tetapi bila jatuh miskin?hilang kuasa?perempuan pon lesap entah ke mana..cinta kerana nafsu mudah bertukar mejadi benci jika kepentingan nafsu sudah tiada..

Cinta kerana Allah
Cinta ini adalah cinta suci lagi murni yang Allah alirkan dalam hati-hati...
Cinta ini mengikut pandangan Allah bukan ikut pandangan mata..cinta ini bersebab iaitu mencintai untuk mendapat keredhaan Allah..cinta kerana Allah tidak ada batasannya..

Cinta ini tidak mengenal pangkat..kedudukan..jantina dan cinta lahir hasil cinta kepada Allah..boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki..perempuan dengan perempuan,murid dan guru..suami isteri..sahabat dengan sahabat,pemimpin dan rakyat,umat dan nabinya dan yang paling tinggi ...hamba dengan Allah..
cinta begini ada diceritakan dalam hadith..iaitu seorang lelaki bertemu dan berpisah kerana Allah maka mereka akann mendapat perlindungan Allah di padang mahsyar nanti..

"tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri"

"barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah."
(HR Hakim)

sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah paling tinggi dan utama..Allah pemilik hati..dan apabila betembung cinta Allah dan cinta makhluk,cinta Allah dimenangkan..Cinta yang datang pada Allah sebabkann seseorang takut untuk melanggar perintah Allah walaupun kecil..Seseorang yang sudah dapat mencintai Allah,cinta yang lain jadi kecil padanya..


Cinta kepada Allah dan cinta kerana Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat..sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui apa yang sesuai dan terbaik untuk kita..taraf cinta kepada Allah ialah taraf tertinggi..kemuncaknya ialah pertemuan di Syurga yang penuh kenikmatan..

...peringatan untuk diri sendiri dan dikongsi bersama...moga Allah sentiasa membantu kita untuk meletakkan diri dalam kategori cinta kerana Allah..

wassalam...

apa-apa ja la..

salam...

lama tak menulis...fb pon dah deactivated...bdw..jom guna alwahy..the muslim social media..i've signed up one..

ada jugak yang mintak update blog...ok2...updating..hehe..

kelakar la..
i'm an inactive blogger...

ye la..tak bapa rajin nk on9...

singgah pon blog-blog yang kenal je and yang best isi blognya..kalau blogger tak kenal kalau isi blognya bagus pon ok...

suka jugak baca ust zaharuddin.net.. saifulislam.....

banyak input..hehe..selingan..


ha..baru ja tengok ketika cinta bertasbih..hmm..sebab ramai cakap best kan...

hmm..boleh tahan..

sebab pelakon dia memang pakai tudung..lain pada ayat-ayat cinta..okla..suka la jugak jalan critanya..agak sedap...tapi crita ayat-ayat cinta memang saya tak minat..kalau novel lain la...

tapi yang penting.. apa yang dapat dicedok dari crita tu..

ha..

kita hanya mampu merancang Allah penentu segalanya..dan ketentuan yang diaturkan Allah adalah yang terbaik buat kita..

maybe... u got nothing that you wanted but..u got everything that you needed..

salam~

novel??

assalamualaikum...

alhamdulillah..sihat-sihat ja diri ini..

masih berpeluang bernafas dan mengecap nikmat Allah atas muka bumiNya..

ucap selamat lagi untuk pengantin baru kak sal yang disayangi dan juga ustaz amin..moga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah dan bersedia menggalas tanggungjawab yang baru dalam hidup anda..

maaf kerana tak dapat menhadiri majlis tapi doa kami semua semua sentiasa ada...

saja nak tulis..

semalam dalam bas dari shah alam...

sebelum nak tido tu bukak la novel 1515 faisal tehrani..saya tak minat baca novel sangat...tapi haritu ada baca sipnopsis pasal 1515..ha..tergerak hati lak nak baca...

ha..tu pon novel pinjam...

semalam atas bas bukakla novel tersebut..dah baca sampai tengah baru paham isi kat depan..kikiki...dah lama tak baca novel...

novel tu bagus la...ramai dah tau..saja ja nk bagitau lagi..novel tu kan dah lama..saya ja yang ketinggalan...

tapi memang garapan isi yang diselitkan padat..tapi saya skip-skip jugak..penat mata baca sejarah..huhu~~

teringin nak baca yang lain...
hari ni nk p bandar la..nak cari novel best..bajet ciput ja ni..huhu~~

p/s:ada sapa-sapa nak temankan??hehe..

salam..

Subhanallah~

salam...

Alhamdulillah..

finished reading my friend's post ..tiqash taken from ina..

reading it make me feel..sebak..

ni la yang dicopy..

Salam...This is one of an amazing story i've heard pertaining Almightiness of Allah swt..Subhanallah....This is from an email taken from my fren's blog, Zarina..


A recent case happened in Britain . A girl went to her friends house and she ended up staying longer than planned, and had to walk home alone. She wasn't afraid because it was a small COMMUNITY and she lived only a few blocks away.. As she walked along under the bike trail Amina asked ALLAH to keep her safe from harm and danger. When she reached the alley, which was a short cut to her house, she decided to take it. However, halfway down the alley she noticed a man standing at the end as though he were waiting for her. She became uneasy and began to recite a dua, asking for ALLAH'S protection.Instantly a comforting feeling of quietness and security wrapped round her, she felt as though someone was walking with her. When she reached the end of the alley, she walked right past the man and arrived home safely.


The following day, she read in the newspaper that a young girl had been raped in the same alley just twenty minutes after she had been there. Feeling overwhelmed by this tragedy and the fact that it could have been her, she began to weep. Thanking ALLAH for her safety and to help this young woman, she decided to go to the police station. She felt she could recognize the man, so she told them her story. The police asked her if she would be willing to look at a lineup to see if she could identify him..

She agreed and immediately pointed out the man she had seen in the alley the night before. When the man was told he had been identified, he immediately broke down and confessed. The officer thanked AMINA for her bravery and asked if there was anything they could do for her. She asked if they would ask the man one question. Amina was curious as to why he had not attacked her. When the policeman asked him, he answered, 'Because she wasn't alone. She had two tall men walking on either side of her..'

Amazingly, whether you believe or not, you're not alone. ( people ) will not stand up for ALLAH.......

PS: ALLAH is always there in your heart and loves you no matter what 'If you deny me in front of your friends, I shall deny you on the day of Judgement

STAND UP FOR HIM

93% of people wont pass this on.... Will you be one of them??

It is said that when the angel of death is taking the rooh (soul) out of the body whom passes away....it is a painful experience. They say that when the dead awake on Qayaamat, the effect of the rooh being taken out will still be there. Therefore, ALLAH has told us to recite the Ayatul Kursi after any Farz salaat and it is stated that whoever recites this, their rooh will be taken out as you would take out a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, MashaAllah!
May Allah save us from any sort of pain and may He let us die with Imaan in our hearts and save us from the azaab.


There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah (SAW),
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al Quran.
No prayer as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj.

Let's realize that Islam is for ever beautiful and perfect, please forward this message to get the sawaab of passing on knowledge. This is most common among us..... most of us talk during Azan...Read this mail..

The Holy Prophet (SAW) said, Stop doing everything during the Azaan, even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima AShahada on his/her death bed.... Please pass this message to Muslims...READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE : Allahumma- inni- ala-Zikr-ika- wa Shuk-rika wa husni-ibad-atika. A very powerful Dua'a has been sent to you. What do you think you should do with it. Imagine if 1000 people read it just because of you.


subhanallah...

Allah is always with us..

when Allah is ur friend who is ur enemy??..no one..nothing..except ourself..

that was an amazing story that we can get something from it..

make ur reading meaningful..

assalamualaikum..

About this blog

Pages

tentang diriku

Followers

Powered by Blogger.

cellalu


ShoutMix chat widget