~19 Mei~

salam...

sedang duduk di tepi jendela mengadap hutan di belakang rumah..suasananya tenang aja pagi-pagi ni..plus hujan renyai-renyai pulak..tenang jiwa..alhamdulillah masih diberi peluang dan ruang untuk menikmati segalanya ini..

hati mula gembira tunggu tarikh ni..biasalah kan..hari istimewa kita..sebaris ucapan sudah memandai walaupun tidak ada hadiah..ucapan tanda ingatan..hehe...

terima kasih pada yang dah wish..thank you for the wishes...

bila ingat balik..lawak pon ada..sejak kecik dulu tak ingat pon besday bila..beli hadiah pon tak sebab mak ayah memang jarang sangat beli mainan untuk anak-anak..kalau ada pon mak ada beli anak patung barbie tu..tapi bukan hadiah besday..tapi lepas seminggu nanti kaki patung,tangan patung entah ke mana..hehe..cabut! lagipon kami adik beradik tak diajar untuk main mainan beli..tapi sikit pon saya tak kisah sebab kasih sayang mak ayah untuk anak-anak melimpah ruah...mainan beli tak penting sangat kot..kalo ada pon main guli..congkak yang korek lubang dalam tanah dengan biji getah..main masak-masak..main pasir..main tanah liat..best! semuanya free of charge..yang penting ada mak ayah layan kami anak-anak..hehe..memang saya anak mak!anak ayah jugak!

tapi bila dah zaman sekolah baru la kawan-kawan wish besday..bagi hadiah..tukar-tukar hadiah..
ya la kan..dulu kan masa zaman-zaman ni suka buat buku biodata..pastu pas pas kt kawan..dalam tu sumanya tulis ..cam lawak ja...

pastu skang ni memang kalau dah dapat wish pon dah hepi sebab orang ingat kita..

hehe..sje je la..coretan hati di pagi hari..

salam~

aduh!selumbarnya besar!

assalamualaikum for those reading..

nothing much today..

saja nak bercerita..

pagi tadi..lepas lipat selimut tergesa-gesa nak kua dari bilik..pastu jari kaki ni terlanggar pintu playwood di rumah ni..aduh!berdeyut jugakla ibu jari kaki..
ingat takdak apa-apa..tengokla kat jari nampak macam kuku terkopek..tapi.............
bila tenang betol-betol....bukan kuku terkopek...tapi ada selumbar yang berukuran lebih kurang dalam 0.3cm..or..tebal sket dari coklat rice dah terbenam bawah kuku..masyaAllah..apakah benar ini???

ya..memang pon...
dengan jari kaki yang berdenyut..dengan takot tengok rupa selumbar besar lagi tumpul tu..jerit nama mak sambil pergi cari mak kat mana...
mak soh amek pengepit..

pastu amekla nap..nak kepit cabut selumbar tu..tapi takot nak sentuh jari masa tu..saket..kebas..selumbar tu pulak agak dalam la..boleh nampak dengan terang lagi bersuluh di bawah kuku..ngeri gak...dahla selumbar tumpul..tebal pulak tu..

tapi alhamdulillah ada hujung selumbar tu masih boleh dikepit dengan pengepit..dan..selamatla dicabut keluar...pastu darah yang tadi tunggu nak keluar pon keluar sekali..


pastu letak minyak gamat...
alhamdulillah..dah tak saket cuma bila teringat macam mana selumbar tu menyocok..terasa ngeri lak...

hanya berkongsi rasa...

assalamualaikum..

Duhai sahabat~~

Salam...

mata ini terasa berair...
hati ini terasa sebak seketika...
mengingatkan sahabat tercinta..
duhai sahabat..
di mana mereka..
rindu di hati tiba-tiba menerpa kalbu..
satu persatu bayangan ketika bersama bertaut kembali..
perkenalan kita singkat tetapi sangat nikmat..
kadang-kadang mungkin bertelingkah kecil..
tetapi lansung tidak menggoyahkan ikatan persahabatan ini..
kerana..hati kita telah bertaut..
berpadu..
rabitah pengikat hati..
berlandaskan niat yang satu..
kerana Allah...
moga ukhwah yang terjalin ini tidak tersia..

duhai sahabat...

ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat tercinta di ipgkpm...kalian adalah anugerah Allah...

sebak teringatkan kalian malam ini..entah kenapa..
teringat kembali saat-saat kita berada di IPGKPM..
pertemuan kita singkat tapi Allah dah campakkan rasa sayang tu dalam hati kita semua..
duhai sahabat-sahabatku..kak sal..kak bida..kak jaja..kak ijah..kak ila..kak elis..kak huda..kak munni..tiqash..sarah..fifi..muhaini..ina..lela..una..rahmah..azie..izzati..aisyah..dan adik-adik..
Alhamdulillah Allah temukan kita..semoga ikatan ukhwah kita sentiasa bertambah kuat..InsyaALLAH..

p/s:buat adik..adik pon sahabat akak tersayang..

salam~

~Keberkatan Doa~

salam...

hari ni mood agak bagus...tapi agak bosan sebab takda keje...hehehe...

aku termangu sendirian di tepi jendela..eh!bukan...aku termangu sendirian di tepi sliding door....melihat keindahan alam ciptaan Allah..subhanallah...

cuaca agak cloudy tapi suasananya bagus!sejut aja...best tido..tapi aku bukanla 'kaki tido'...nak tido malam pon payah...anyone has any petua nk bagi senang tido??huhu~~

okla..hari ni saya nak share barang bagus ni!

'keberkatan doa' tajuknya...ni ilmu baru yang saya dapat..mungkin ramai sudah tahu..kalo dah tahu bagusla...kalo belum meh la baca lagi...

artikel ni saya baca semasa sedang selak-selak majalah anis keluaran Oktober 2008..hehe..lame no...

sebagai selingan..

Doa adalah senjata orang mukmin...perisai kita untuk melawan orang musyrik..

doa yang Allah makbulkan ialah doa yang bersungguh-sungguh meminta kepada Allah..

oleh itu marilah mencari keberkatan doa..bagaimanakah caranya berdoa yang beradab!

okay...

kalau berdoa macam-macam gaya tadahan tangan dapat kita tengok..ada yang bersungguh..ada jugak yang nampak macam nak tak nak(tangan letak atas peha la..macam-macam la..)harap-harap kita semua berada dalam golongan orang yang tadah tangan betul-betul walaupun mengaminkan doa yang dibaca oleh orang lain..insyaAllah...

cara menadah yang sopan dan bersungguh ketika bermunajat dengan Allah adalah lambang kesungguhan, lambang penghargaan kita kepada Al-Khalik..

kiranya ramai sudah mengetahui bahawa pada tapak tangan kita terdapat banyak lambang kebesaran Allah..termasuk jumlah 99 nama Allah..

Ustaz Abdullah Mahmud-ada memberi beberapa panduan berdoa..

yang pertamanya ialah angkat tangan ke paras dada..keduanya rapatkan kedua-dua belah tapak tangan..bila dua tapak tangan bercantum kita akan nampak bentuk garis seperti sampan di bahagian tapak tangan kita..garis yang bercantum akan membentuk huruf 'ba'..rapatkan tangan ke dada,letak di hati kita..duduk dalam keadaan sopan seperti iftirasy dan duduk tahiyat akhir..dan jika berdiri-berdiri betul-betul..dan..jangan menyandar jika tiada keuzuran...

setiap huruf hijaiah di dalam al-Quran..Allah perintahkan satu malaikat menjaganya..malaikat yang menjaga huruf 'ba' bernama Har Haryaail..malaikat ini akan mengangkat doa terus mengadap Allah tanpa sebarang perantara..oleh itu perlulah berdoa dengan ikhlas bersungguh-sungguh memohon kepada Allah..

sepanjang berdoa banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah SWT yang lain dan susuli dengan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW..

apabila berdoa.. berdoalah dengan tenang..jangan pula berasa tertekan jika tidak dapat berdoa dalam bahasa Arab kerana Allah itu sangat memahami dan maha mendengar setiap bicara tulus hamba-hambaNya..tapi.. usahakan berdoa dalam bahasa Arab kerana itu lebih afdhal dan fahami makna doa..bahasa Arab bahasa syurga~~..

dan jagalah adap ketika berdoa...dan bersungguh-sungguh dalam bermunajat kepada Allah..insyaAllah akan membentuk peribadi dan akhlak yang baik...

sekadar itu....

peringatan kepada diri sendiri dan yang lain...

salam~~

~Mei ini~

salam....

hmm..baru hari ni kembali menjengah blog yang sudah'bersawang' ni..hehe..tup-tup dah masuk bulan Mei dah..bulan ni istimewa sangat bagi saya sebab ayah, mak dan saya sendiri ditakdirkan Allah lahir ke dunia..

alhamdulillah..masih di berikan peluang oleh Allah SWT untuk kembali menulis..(sambil makan choki-choki yang 'dipow' from my nieces ler..hehe..)

minggu lepas....

sebok je my nieces dok lipat-lipat kertas buat kad..apa aja la budak-budak ni..pastu datang soh mak cik depa ni lukis gambar cikgu...so..dengan creativenya mak cik ni pon lukis la..hehee...budak-budak..layankan ja la..

seeing them enthusiastic making those cards make me realize how lucky their teachers to be appreciated like that..
hoping that.. i can be like those teachers in the future..a teacher that educates and not only teach everything in the syllabus..insyaAllah..


16 mei..pada tarikh ni terdengarla bait-bait lirik 'kami guru malaysia..berikrar dan berjanji...'

kalau kat maktab selalu la kami memperdengarkan suara-suara sumbang menyanyi lagu ni..pitching-pitching entah ke mana dah..huhu~
tak lupa jugak..cikgu-cikgu kat sekolah pon kena la nyanyi lagu ni..wajib ada dalam tentatif majlis sambutan hari guru..

SO..Selamat Hari Guru kepada guru-guru seluruh Malaysia~~

dan..

buat cikgu tadika..Cikgu Jah..

buat cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Titi Haji Idris..cikgu yang saya sayang..cikgu sobehah..cikgu maimunah..ustazah faridah..teacher helen..ustazah-ustazah KAFA..

buat cikgu-cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah..
Cikgu Shahril..Cikgu Sobri..Ust Maimunah..Cikgu Rohaya..Cikgu Faridah..and others..

and for lecturers in IPGKPM and IIUM..

Terima kasih cikgu!!!Jasa kalian dikenang~~

salam~

About this blog

Pages

tentang diriku

Followers

Powered by Blogger.

cellalu


ShoutMix chat widget