Cinta kerana nafsu atau cinta kerana Allah??



salam....

selak-selak "buku malam pertama di syurga" oleh Adil Akhyar...

persoalan cinta..ramai yang membuka mata..cinta..adalah fitrah..jangan sampai ia menjadi fitnah...

okla..ingin berkongsi salah satu sub topic yang diselitkan dalam buku ini...cinta..ada dua jenis cinta..

satu cinta kerana Allah dan satu lagi cinta kerana nafsu..

cinta ialah rasa dalam hati..perasaan yang lahir dari hati yang tidak boleh disukat-sukat..tak boleh dibeli di pasar malam..tapi boleh disemai supaya mekar..aiseh..berbunga la pulak ayat...huhu..

cinta kerana nafsu

hati yang merasai cinta sehingga membuat jadi terhibur atau siksa kerananya.
cinta yang berpaksikan nafsu akan berlaku bila hati kotor,lalai,sering berbuat dosa dan tidak pula ada rasa untuk bertaubat..

sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati jika tidak dikikis akan bersarang dalam hati dan menjadi raja sehingga banyak yang dilakukan mengikut arahan nafsu...

sesetengah lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang tubuhnya tidak lagi terlindung dari pandangan nafsu. sama jugak wanita jatuh hati pada lelaki kaya,berharta,berjawatan dll..dengan harapan menumpang hidup senang..jelasnya..cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata...

bila cinta lahir dari nnafsu maka mulalah langkah-langkah untuk menzahirkan rasa cinta..
dari surat menyurat..mungkin dulu..sekarang dari sms..keluar makan-makan..keluar makan-makan..berdua-duaan di taman..saling rindu merindu..etika itu hanya orang yang diridui sahaja dalam ingatan..nasihat dah tak lut..bukan macam mencurah air di daun keladi dah tapi macam menghentam bola skuasy ke dinding akhirnya melantun balik...
bak kata satu pepatah arab..cinta itu buta dan pekak...
hmm...sudah tidak malu pada orang sekeliling yang melihat apatah lagi pada Allah SWT..

justeru sanggup melakukan apa saja sebagai bukti cinta..sampai yang perempuan serah diri untuk membuktikan cinta..yang lelaki bergolok gadai berikan kemewahan pada si wanita..akhirnya bila si perempuan berbadan dua sudah hilang rasa cita kerana impian nafsu telah tercapai..habis madu sepah dibuang..

itulah falsafah cinta nafsu yanng melulu..selagi nafsu ada kepentingan selagi itu cinta masih ada..inilah yang melanda..hinggakan ada yng sanggup membunuh diri angkara cinta..walhal indahnya sekejap sakitnya lama,,dan yang paling sakit di neraka kelak..

cinta nafsu jika disambung ke alam rumahtangga juga tetap akan menyeksa..kerana cinta suami pada isteri hanya ketika cantik..muda..bila tua..dah tak cantek..cari yang lain..ditiggalkan..bagi yang perempuan jika suami kaya..berkuasa masih cinta tetapi bila jatuh miskin?hilang kuasa?perempuan pon lesap entah ke mana..cinta kerana nafsu mudah bertukar mejadi benci jika kepentingan nafsu sudah tiada..

Cinta kerana Allah
Cinta ini adalah cinta suci lagi murni yang Allah alirkan dalam hati-hati...
Cinta ini mengikut pandangan Allah bukan ikut pandangan mata..cinta ini bersebab iaitu mencintai untuk mendapat keredhaan Allah..cinta kerana Allah tidak ada batasannya..

Cinta ini tidak mengenal pangkat..kedudukan..jantina dan cinta lahir hasil cinta kepada Allah..boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki..perempuan dengan perempuan,murid dan guru..suami isteri..sahabat dengan sahabat,pemimpin dan rakyat,umat dan nabinya dan yang paling tinggi ...hamba dengan Allah..
cinta begini ada diceritakan dalam hadith..iaitu seorang lelaki bertemu dan berpisah kerana Allah maka mereka akann mendapat perlindungan Allah di padang mahsyar nanti..

"tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri"

"barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah."
(HR Hakim)

sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah paling tinggi dan utama..Allah pemilik hati..dan apabila betembung cinta Allah dan cinta makhluk,cinta Allah dimenangkan..Cinta yang datang pada Allah sebabkann seseorang takut untuk melanggar perintah Allah walaupun kecil..Seseorang yang sudah dapat mencintai Allah,cinta yang lain jadi kecil padanya..


Cinta kepada Allah dan cinta kerana Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat..sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui apa yang sesuai dan terbaik untuk kita..taraf cinta kepada Allah ialah taraf tertinggi..kemuncaknya ialah pertemuan di Syurga yang penuh kenikmatan..

...peringatan untuk diri sendiri dan dikongsi bersama...moga Allah sentiasa membantu kita untuk meletakkan diri dalam kategori cinta kerana Allah..

wassalam...

2 comments:

Anonymous September 18, 2010 at 3:25 PM  

like this..

Insankerdil October 21, 2010 at 11:49 PM  

thanx..bdw..who exactly this anon?hehe..

About this blog

Pages

tentang diriku

Followers

Powered by Blogger.

cellalu


ShoutMix chat widget