~Jangan biarkan malu itu hilang~



salam...

apa khabar hari ni??semoga sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa berada di bawah lindunganNya..

alhamdulillah..hari ni..masih diberi nikmat..

seperti tajuk..jangan biarkan malu itu hilang..

sebelum itu..untuk sahabat-sahabat dan adik tersayang yang ke medan malam ni..semoga perjalanan pergi dan balik selamat..insyaAllah...dan selamat bergembira di sana..:)

ok..dah..untuk entri kali ni..

malu adalah satu kemuliaan...sifat malu adalah penting dan punya kedudukan tinggi dalam agama..dan tidak boleh dipandang enteng..

malu adalah sebahagian dari cabang iman..dan menjadi cerminan tahap keimanan..

Nabi Muhammad bersabda:
"iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman"

(shahih Bukhari)

kita semua punyai sifat malu kerana ia adalah fitrah bagi semua manusia..cuma..mungkin malunya berbeza..dan malu juga perlulah bertempat..jangan sampai tempat yang perlu malu tidak malu dan sebaliknya..

malu jugak ada pelbagai jenisnya..
Yang paling tinggi martabatnya ialah malu kepada Allah..
..malu untuk membuat maksiat kerana takut dicela Allah....malu untuk tidak bersyukur atas kurniaan Allah..malu untuk mendedahkan aurat..malu kerana tidak mengerjakan suruhan Allah..inila malu yang mempunyai martabat yang tinggi dalam agama.

jika seseorang tidak mempunyai rasa malu sebegini..banyak perkara mungkar akan terjadi..

sebagai contoh.. membunuh ,ghibah,dengki, hasad,fitnah,bergaduh melampau-lampau..,mencela sesama sendiri, membuka aurat, berpelukan lelaki wanita bukan mahram..dan banyak lagi..

adalah satu kemuliaan bagi seseorang yang dapat memelihara rasa malunya..jika punyai rasa malu pada Allah, tindak-tanduk ,percakapan dan segalnya akan terjaga mengikut landasan yang ditetapkan Allah...

malu kepada Allah akan mengikat diri kita dari melampaui batas agama..




Selain itu..malu kepada manusia merupakan satu lagi jenis malu..malu anak dengan ibu bapanya dan sebaliknya..malu sahabat kepada sahabat yang lain,malu antara lelaki dan wanita,malu terhadap diri sendiri..

malu terhadap diri ini penting supaya kita sedar apa yang kita buat..apa kekurangan kita dan apa akhlak yang kita tonjolkan..
jika dengan diri sendiri sudah malu tentula dengan orang lain akan lahir rasa malu..

ada juga kategori malu:
malu yang bersifat fitrah~
sifat malu ini dipunyai oleh semua manusia..
antaranya ialah malu apabila diusik..malu apabila tersalah cakap..

malu yang bersumberkan iman~
malu untuk berbuat maksiat seperti yang telah dijelas di atas..malu kepada Allah untuk berbuat maksiat dan larangan-larangan Allah tatkala bersendirian atau di khalayak kerana malu atas muraqabatullah(pantauan Allah swt)

sifat malu perlu dididik..jiwa perlu diisi dengan sifat malu..malu sangat perlu tapi jangan sampai jadi pemalu yang tidak kena pada tempatnya..kalau tidak kena pada tempatnya ..ia akan menjadi penyakit jiwa....janganla malu untuk berbuat kebaikkan,janganlah malu untuk menuntut ilmu dan perkara-perkara lain yang tidak seharusnya untuk malu...

jagalah malu itu..malu yang terbaik ialah malu kepada Allah dan jangan sesekali biarkan malu itu hilang..

p/s:
malu dengan diri ini..
semoga ini menjadi peringatan dan pengajaran untuk diri dan orang lain..
semoga Allah sentiasa menjaga kita..

wassalam...

6 comments:

awan terbang June 27, 2010 at 12:08 PM  

(^_^)d

Insankerdil June 27, 2010 at 7:28 PM  

:)

IMANNURBALQIS June 27, 2010 at 8:23 PM  

malunya pada Allah jika saya sendiri tak mampu untuk mendidik sifat ini dalam diri. Sama-samalah kita mendoakan satu sama lain agar Allah permudahkan diri kita untuk memupuk sifat malu padaNya dalam diri kita. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang dikasihiNya

Insankerdil June 28, 2010 at 5:44 PM  

insyaAllah..moga dipermudahkan segalanya..

terry bogart July 24, 2010 at 9:50 AM  

pkongsian yg menarik..

thanx..

ada gak malu yg ngade2..hu3..malu xkena tempat

Insankerdil October 21, 2010 at 11:48 PM  

thanx ye man...
baru k.tiha bukan balik blog..hehe..

About this blog

Pages

tentang diriku

Followers

Powered by Blogger.

cellalu


ShoutMix chat widget