~Keberkatan Doa~

salam...

hari ni mood agak bagus...tapi agak bosan sebab takda keje...hehehe...

aku termangu sendirian di tepi jendela..eh!bukan...aku termangu sendirian di tepi sliding door....melihat keindahan alam ciptaan Allah..subhanallah...

cuaca agak cloudy tapi suasananya bagus!sejut aja...best tido..tapi aku bukanla 'kaki tido'...nak tido malam pon payah...anyone has any petua nk bagi senang tido??huhu~~

okla..hari ni saya nak share barang bagus ni!

'keberkatan doa' tajuknya...ni ilmu baru yang saya dapat..mungkin ramai sudah tahu..kalo dah tahu bagusla...kalo belum meh la baca lagi...

artikel ni saya baca semasa sedang selak-selak majalah anis keluaran Oktober 2008..hehe..lame no...

sebagai selingan..

Doa adalah senjata orang mukmin...perisai kita untuk melawan orang musyrik..

doa yang Allah makbulkan ialah doa yang bersungguh-sungguh meminta kepada Allah..

oleh itu marilah mencari keberkatan doa..bagaimanakah caranya berdoa yang beradab!

okay...

kalau berdoa macam-macam gaya tadahan tangan dapat kita tengok..ada yang bersungguh..ada jugak yang nampak macam nak tak nak(tangan letak atas peha la..macam-macam la..)harap-harap kita semua berada dalam golongan orang yang tadah tangan betul-betul walaupun mengaminkan doa yang dibaca oleh orang lain..insyaAllah...

cara menadah yang sopan dan bersungguh ketika bermunajat dengan Allah adalah lambang kesungguhan, lambang penghargaan kita kepada Al-Khalik..

kiranya ramai sudah mengetahui bahawa pada tapak tangan kita terdapat banyak lambang kebesaran Allah..termasuk jumlah 99 nama Allah..

Ustaz Abdullah Mahmud-ada memberi beberapa panduan berdoa..

yang pertamanya ialah angkat tangan ke paras dada..keduanya rapatkan kedua-dua belah tapak tangan..bila dua tapak tangan bercantum kita akan nampak bentuk garis seperti sampan di bahagian tapak tangan kita..garis yang bercantum akan membentuk huruf 'ba'..rapatkan tangan ke dada,letak di hati kita..duduk dalam keadaan sopan seperti iftirasy dan duduk tahiyat akhir..dan jika berdiri-berdiri betul-betul..dan..jangan menyandar jika tiada keuzuran...

setiap huruf hijaiah di dalam al-Quran..Allah perintahkan satu malaikat menjaganya..malaikat yang menjaga huruf 'ba' bernama Har Haryaail..malaikat ini akan mengangkat doa terus mengadap Allah tanpa sebarang perantara..oleh itu perlulah berdoa dengan ikhlas bersungguh-sungguh memohon kepada Allah..

sepanjang berdoa banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah SWT yang lain dan susuli dengan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW..

apabila berdoa.. berdoalah dengan tenang..jangan pula berasa tertekan jika tidak dapat berdoa dalam bahasa Arab kerana Allah itu sangat memahami dan maha mendengar setiap bicara tulus hamba-hambaNya..tapi.. usahakan berdoa dalam bahasa Arab kerana itu lebih afdhal dan fahami makna doa..bahasa Arab bahasa syurga~~..

dan jagalah adap ketika berdoa...dan bersungguh-sungguh dalam bermunajat kepada Allah..insyaAllah akan membentuk peribadi dan akhlak yang baik...

sekadar itu....

peringatan kepada diri sendiri dan yang lain...

salam~~

0 comments:

About this blog

Pages

tentang diriku

Followers

Powered by Blogger.

cellalu


ShoutMix chat widget