the right thing to do..


salam alaik..

alhamdulillah...masih diberi pelbagai nikmat oleh Allah hingga saat dan ketika ini..

dah agak berkurun rasanya tak menjengah blog ni..sumanya sebab terlupa domain name..hehe..banyak sangat pakai kalamindah..dah terkeliru dengan domain name untuk multiply.com(requirement untuk salah satu course)
tapi yang sebenarnya tak ada masa dan tak ada idea nak tulis apa..

hari ni..terdetik pulak nak menulis pasal apa yang dapat dari seorang ustaz di kuliah ringkas sempena exam yang dah tak lama nak memunculkan diri..kurang dua minggu..uishh..takotnya...

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud: sampaikan daripadaku walau sepotong ayat...
dapat dilihat disini kepentingan menuntut dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat..yang membawa kebaikan..

untuk menyampaikan..perlulah mempunyai ilmu..
untuk mempunyai ilmu mestilah mencari..
bila mencari ilmu..perlulah mencari ilmu yang bermanfaat..dan ilmu yang dicari membawa kita kembali pada Allah S.W.T
bukan membawa kita semakin jauh...

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: terdapat 3 jenis orang yang mencari ilmu tetapi Allah campakkan mereka ke dalam neraka.
yang pertama ialah orang yang menuntut ilmu bertujuan untuk berdebat dengan ulama'.
yang kedua ialah orang yang menuntut ilmu untuk berbahas dengan orang jahil supaya menampakkan dirinya hebat dan bijak.
yang ketiga ialah orang yang menuntut ilmu untuk orang ramai tertumpu padanya /untuk mendapat pengaruh..

nau'zubillah..

takut mendengarnya. kita semua dan diri saya sendiri berharap jauh dari termasuk dalam kategori ini..

kita perlu tuntut ilmu dengan ikhlas kerana Allah..barulah Allah akan bagi kita ilmu tersebut..

menuntut ilmu perlulah kepada ilmu yang bersifat a'ini(wajib atas setiap individu muslim) dan kifai(collective responsiblity)

Imam al Ghazali berpesan supaya jangan terlalu mengajar ilmu yang fardhu kifayah kerana ia tak kan habis..

tumpukan lebih pada ilmu fardhu ain tetapi jangan ditinggal fardhu kifayah..kerana kita hidup di dunia..

jom kita semua muhasabah diri kembali..banyak lagi yang perlu dibaiki..terutama diri ini..

tuntut ilmu kerana Allah..

wallahua'lam..

0 comments:

About this blog

Pages

tentang diriku

Followers

Powered by Blogger.

cellalu


ShoutMix chat widget